Quantcast
Channel: Portalniaga.com : Catatan seorang Webmaster? » Kelas Online
Viewing all articles
Browse latest Browse all 4

Berniaga online : Blog VS Shopping Cart System

$
0
0

Assalamualaikum w.b.t..

Hari ini saya ingin mengupas sedikit isu tentang ‘berniaga secara online’. Untuk berniaga secara online memanglah kita memerlukan platform/laman web untuk meletakkan produk kita. Tapi, mungkin ada yang akan menganggap ini isu remeh tapi ianya adalah isu yang amat ‘BESAR’ bagi saya..

Ramai dikalangan kita nak berniaga secara online, nak mudah menguruskan perniagaan online tapi secara tidak sedar memilih untuk ‘mudah sekejap, susah selamanya’. Pilih platform yang silap pastinya akan membebankan anda, kenapa saya kata membebankan anda?

Melalui pemerhatian saya, ramai dikalangan peniaga-peniaga online yang berniaga menggunakan blog.. bagi saya tidak salah berniaga menggunakan blog memang bagus kerana blog adalah satu-satunya platform yang amat sensitif dengan robot2 google untuk meletakkan anda di dalam kedudukan terbaik dalam enjin carian..

tetapi.. jika anda diberi peluang untuk menggunakan sistem yang memudahkan rutin perniagaan online adakah anda akan menolaknya?

Ok, dalam mewujudkan perniagaan internet.. konsep ‘user friendly’ amatlah dititik beratkan.. kenapa?
saya masuk blog anda, saya akan tengok kategori apa yang ada, saya akan tengok produk apa yang ada berdasarkan page anda yang panjang itu.. tahukah anda bahawa page yang panjang tersebut membuatkan loading halaman tersebut menjadi perlahan, nak kena tunggu satu per satu imej porduk anda yang besar itu keluar ke skrin saya..

Saya akan angkat kaki dari blog anda! kenapa?
1. Loading page lambat + gambar besar
2. Kategori tersusun tapi post pasti berselerak dengan update dan lain-lain aktiviti
3. Katalah saya berminat, saya nak beli nak klik kat mana? nak post kat komen? nak call terus? nak sms? oh tidak.. sungguh menyusahkan.. bila post saya nak kena kembali lagi tunggu peniaga reply, kalau tak reply datang lagi.. lama2 fedup..
4. Lepas cuci2 mata saya pun akan beredar…..
5. Anda telah kehilangan seorang bakal pelanggan…

itu adalah kesukaran kepada pelanggan, kini kesukaran bagi pihak anda pula :

1. Anda perlu memasukkan produk by post, contohnya anda masukkan satu post tentang ‘batik’, anda masukkan 20 gambar batik dalam entry tersebut. selesai kerja anda?
2. Pelanggan membuat tempahan batik gambar yang ke 13,17,18 dan anda perlu masuk ke blog dan edit/buang gambar tersebut.
3. Setelah dapat order anda perlu mengutip data pembeli melalui email/sms/comment box/chatbox dll..
4. Ini adalah kerja untuk satu entry, kalau anda ada 10 entry? saya dengan yakin akan mengatakan anda akan merasa bebanannya untuk menguruskan platform perniagaan anda.. pasti! walaupun masuk duit, anda perlu habiskan masa berjam2 untuk tawar menawar, mengutip data, memadam atau announce ‘out of stock’ membalas komen di ruang komen, chatbox, layan sms, telefon… arrghhh!!! tidak!! itu tidak lagi masa untuk anda menangkap gambar produk, membungkus dan pergi ke syarikat kurier!

‘Alah.. itu kalau order banyak, banyak la kerja.. kita baru nak berniaga berapa orang sangat yang nak membeli.. mesti boleh buat punya kecil-kecilan..nanti dah ramai kita guna la sistem shopping cart tu’ – ini adalah kata-kata tanpa berfikir jangkamasa panjang.

Ditakdirkan 9/10 sumber rezeki itu datang kepada anda daripada Allah bertalu-talu tanpa diduga, apa akan jadi kepada perniagaan anda? apa persepsi pelanggan pertama terhadap ketidaksediaan anda mengendali pelanggan? buka kedai di kawasan perumahan anda adalah jauh beza daripada berniaga secara online! 14 Juta pengguna internet di Malaysia boleh menjadi pelanggan anda jika Allah ingin kurniagakan rezeki melimpah ruah kepada anda… jadi sediakan payung sebelum hujan, bukannya selepas hujan!.

dengan menggunakan ‘platform yang salah’ anda bukan sahaja menyusahkan diri anda, bahkan menyusahkan saya sebagai bakal pelanggan anda yang keliru dan rimas dengan laman perniagaan yang tidak teratur.. terutama saya masih baru, belum tahu rentak blog tersebut.. sudah pasti saya akan angkat kaki!

jadi siapa yang rugi????

Sistem dibina untuk memudahkan urusan manusia, dan sistem juga diwujudkan untuk kesesuaian kehendak penggunanya, jadi kita sebagai pengguna harus memilih sistem yang membantu,memudahkan,menjimatkan masa dan mengurangkan tenaga.. bukannya menggunakan sistem yang mudah tapi jangkamasa panjang bukan saja membebankan, malah menyusahkan kedua-dua belah pihak ( peniaga & pembeli )..

Oleh yang demikian!
jika anda ingin berniaga secara online, sistem ‘Shopping Cart’ adalah sistem yang saya syorkan. Tapi kenapa?
jawapannya ringkas, untuk jangkamasa panjang, kelesaan bekerja (kurang tekanan), pengurusan data pelanggan/pembelian mudah, kemasukkan produk / pembuangan yang mudah, yang paling penting :

anda bukan memudahkan diri anda sendiri, malah turut memudahkan para pembeli anda! ini adalah perkara yang dikehendaki oleh para pengunjung internet sebenarnya!

Diantara kelebihan menggunakan sistem ‘Shopping Cart’ bagi anda ( peniaga ):

1. Mudah memasukkan/mengeluarkan produk dari semasa ke semasa
2. Mudah menetapkan harga, attribute (pilihan saiz/beza harga dll).
3. Mudah menguruskan tempahan (data pembeli semuanya tersusun rapi dengan status pendin,process,delivered)
4. Mudah membuat promosi dari semasa ke semasa.
6. Mudah untuk anda berkarya mencantikkan ‘online store’ anda sendiri! kebebasan 100%
7. Mudah utnuk anda meraih persepsi positif dan profesionalisma dalam pengurusan perniagaan.

Diantara kelebihan menggunakan sistem ‘Shopping Cart’ bagi anda ( pengguna):

1. Mudah melihat produk tersusun rapi mengikut kategori.
2. Mudah melihat produk terkini dari semasa ke semasa.
3. Mudah untuk menekan butang ‘Beli Sekarang!’ untuk membuat pembelian!
4. Mudah untuk menghubungi penjual hanya dengan mengisi ‘Online Form’ sedia ada!
5. Mudah untuk membuat bayaran kepada peniaga (selepas mengisi borang, pelanggan menerima email butiran bayaran daripada peniaga secara automatik!)
6. Mudah untuk berkomunikasi dengan peniaga melalui shoutbox yang tersedia.

Jika sebelum ini anda berniaga menggunakan blog! syabas di atas usaha gigih anda untuk berniaga secara online walaupun sistem tersebut ‘kurang sesuai’ dengan kehendak anda… tapi dengan pengalaman yang anda miliki anda boleh menggunakan sistem shopping cart dengan lebih mudah!

Sekarang, jika anda inginkan perniagaan anda melangkah sederap ke hadapan, daripada blog percuma kini mampu memiliki domain & hosting (.com/.net/.biz dll) sendiri, dan keyakinan yang tinggi sehingga membolehkan anda tidak rasa segan keluar di kaca tv mahupun mana-mana media massa… ayuh! lakukan sesuatu untuk jangkamasa panjang perniagaan internet anda.. gunakan sistem shopping cart sekarang!

Tidak tahu nak guna? tak ada tempat nak belajar? adakah kosnya mahal? mampukah anda menggunakannya? terlalu teknikal ke untuk menguruskannya?

Cukuplah jika saya katakan ‘Jika anda tahu menguruskan blog, anda sudah lebih daripada mampu menguruskan satu laman web menggunakan sistem shopping cart’.

Bagaimana untuk menggunakannya?
Sertailah komuniti Usahawan Portalniaga yang sehingga kini telah berjaya mengubah cara berniaga secara online daripada menggunakan blog kepada satu sistem yang amat berbaloi!

Tak percaya?

Kunjungi : http://www.kelasonline.com untuk maklumat lanjut.

Terima Kasih.

Portalis

Muhammad Suffi Yusof adalah seorang pembangun laman web yang bernaung di bawah syarikat Portalniaga Dot Com dan bergiat aktif dalam dunia internet khususnya dalam pengurusan dan pembangunan laman web, pembangunan aplikasi internet, pengiklanan dan pemasaran secara online, penyediaan platform perniagaan secara online, dan pengurusan sewaan domain & hosting pada kadar terhebat di Malaysia!

Website - Twitter - Facebook - More Posts


Viewing all articles
Browse latest Browse all 4

Trending Articles


Girasoles para colorear


mayabang Quotes, Torpe Quotes, tanga Quotes


Tagalog Quotes About Crush – Tagalog Love Quotes


OFW quotes : Pinoy Tagalog Quotes


Long Distance Relationship Tagalog Love Quotes


Tagalog Quotes To Move on and More Love Love Love Quotes


5 Tagalog Relationship Rules


Best Crush Tagalog Quotes And Sayings 2017


Re:Mutton Pies (lleechef)


FORECLOSURE OF REAL ESTATE MORTGAGE


Sapos para colorear


tagalog love Quotes – Tiwala Quotes


Break up Quotes Tagalog Love Quote – Broken Hearted Quotes Tagalog


Patama Quotes : Tagalog Inspirational Quotes


Pamatay na Banat and Mga Patama Love Quotes


Tagalog Long Distance Relationship Love Quotes


BARKADA TAGALOG QUOTES


“BAHAY KUBO HUGOT”


Vimeo 10.7.0 by Vimeo.com, Inc.


Vimeo 10.7.1 by Vimeo.com, Inc.