Salam ceria utk sume peniaga online dr portalniaga.com…
Sy nak tanya (tentunya kpd portalis trutamanya) & pandgn dr sume yg baca brkenaan jenis web niaga yg sy jumpa brlainan dr web portalniaga, nak namakan jenis web tu, sy tak brp arif …
cthnya web fizanstore.com, sgrengassongket.com & bbrp yg lain, dimana dedulunya bentuk webnya cam template portaniaga..skrg ni bentuk & paparan webnya dah berlainan sama sekali…
sy rasa ia cam paparan baru yg agak menarik. apakah kelebihannya? ada tak kekurangannya?
adakah ianya diubahsuai dr template portalniaga @ beli domain & hosting lain?
Salam,
ok biar saya jawab dengan pekongsian maklumat ini.
Ok, sebenarnya macam nih.. dalam dunia nih banyak sistem yang pangkalnya dipanggil ‘shopping cart’ daripada bahasa pengaturcaraan .php atau .asp dan lain-lain.
Sebagai permulaan portalniaga menggunakan sistem yang paling mudah untuk difahami dan dibangunkan (yang digunakan utk kelas online sekarang nih la). Jadi bila dah pandai guna maka bolehlah mencuba untuk menggunakan sistem-sistem yang lain termasuklah yang berbayar dalam kuantiti bulanan atau tahunan. Asasnya adalah apa yang anda belajar disini boleh digunakan untuk semua sistem.. cuma ada penambahan dari aspek featured yang ada dalam sesebuah sistem tersebut.
Dalam menggunakan sistem yang paling mudah pun ramai yang sekerat jalan tak boleh nak follow kadang-kadang tu, kalau portalniaga ajar yang advance maka lagi ramailah yang tak dapat nak habiskan pembelajaran kerana ianya agak sukar jika untuk dipelajari secara serentak..
Oleh yang demikian, alhamdullillah walaupun ada yang telah menggunakan sistem lain yang nampak lebih menarik, tapi support daripada portalniaga terhenti di situ kerana sistem yang digunakan tidak berkaitan dengan pembelajaran yang diajar di sini, jadi risikonya jika ada hackers, database error, virus attack, maka terpaksalah tanggung sendiri ataupun terpaksa gunakan khidmat berbayar utk selesaikan masalah tersebut. Bukan ingin menakut-nakutkan, tapi sekadar mengingatkan bahawa risiko yang terpaksa dihadapi jika berlaku sesuatu.
Berdasarkan pengalaman menguruskan laman web yang nilai keseluruhannya berjumlah puluhan ribu ringgit dan bekerjasama dengan beberapa programmer daripada pakistan, singapore, India, Canada, Germany, dan Australia. Semuanya menawarkan khidmat pelanggan yang terbaik, tapi setiap error yang berlaku selepas melepasi zon aktif bagi pihak mereka akan dikenakan caj walaupun membetulkan satu kod yang tertinggal. Kadangkala caj tersebut tidak munasabah, bila dah dibetulkan, komplikasi kepada web kadang-kadang berlaku lewat sebab kesilapan dibetulkan masa database belum berisi, bila dah berisi problem balik.. duit lagi. ehehe cost, kemudian cost, dan cost lagi..
Bagi saya asalkan mudah, mampu dan kelihatan profesional apa salahnya kita gunakan sesuatu yang lebih baik setaraf dengan ilmu yang telah dimiliki. Pada masa yang sama ada juga rasa curiga nak gunakan sistem nih sebab kadangkala kalau kita tak tahu sama ada ianya akan menjadi bahan uji kaji para hacker untuk ceroboh masuk.. ada hacker baik ada hacker jahat yang pasti dua2 tu suka buat kerja tak bermoral ehehe yang baiknya just masuk tinggalkan notis ‘web anda masih belum selamat’ dan yang jahatnya masuk dan hancurkan segala-galanya yang anda buat sekian lama.. makan tahun pun ada! habis…. sebagai contoh portalniaga mall, sekarang phpbb bukanlah lagi sistem yang selamat kerana pencerobohan dari pelbagai aspek dan ini mungkin disebabkan pesaing vbulletin ataupun vbulletin nih adalah versi daripada phpbb jua (saki baki programmer lama) yang membuat sesuatu yang berbayar lalu memberi masalah kepada yang percuma.. segala kemungkinan ada di internet nih. Kadangkala yang bermusuhnya programmer, developer, hosting provider, tapi yang menerima kesannya adalah pengguna.. ehehe
Sistem shopping cart nih banyak.. ada yang percuma dan tak kurang juga yang berbayar. Jadi, untuk menggunakan sistem tersebut anda perlu tahu sedikit sebanyak tentang :
1. Platform (Linux/Windows)
2. MySQL
3. Permission/CHMOD
4. .CSS
5. FTP
6. Payment : monthly/yearly/1 time only
7. Installation/ sendiri atau ++duit kat provider
diantara sistem shopping cart yang famous adalah seperti cubecart, zencart, OScommerce, squirrelcart, xcart, Znode, dan beribu-ribu lagi sistem yang menarik dengan kepelbagaian fungsi yang berbeza-beza..
Selain daripada itu, anda juga boleh hired programmer sendiri untuk buat sistem shopping cart sendiri yang langsung tak ada persamaan dengan orang lain dari aspek features mahupun template. Kosnya adalah bermula daripada USD$500 dan ke atas depend on how complicated sistem yang anda nak buat tersebut. Kadangkala boleh jejak sampai USD$3000! ehehe
Apa-apa pun terpulang nak guna yang mana, saya sedia berikan khidmat nasihat jika ada yang berminat untuk menggunakan sistem yang berbayar tentang apa kelebihan dan kekurangan yang bakal dihadapi. Sekadar termampu inginkan semua yang terbaik untuk anda.. insyaAllah..